23 June 2013

My first entry

Pertama kali aku menulis blog. Tak tahu adakah akan ada lagi post selepas ini atau ini post yang pertama dan terakhir. Sebabnya aku bukan boleh buat kerja rutin macam ni.

Takpelah, untuk post pertama ni aku nak kongsi pasal Maxis Cyberkids Camp yang telah selesai dijalankan selama 3 hari di SMK Bandar Chiku. Kem bermula pada 18 Jun 2013 dan berakhir pada 20 Jun 2013. 

Tiga orang guru termasuk aku dan seorang juruteknik komputer bertungkus lumus menyediakan kemudahan untuk melancarkan perjalanan kem ini. Seramai 25 orang pelajar dipilih menyertai kem ini. Sambutan yang agak dingin pada mulanya mungkin para pelajar tidak mengetahui dengan jelas apakah yang akan dilakukan semasa kem. Setelah kem bermula dan peserta seronok menyertainya maka ramai pulak yang nak join (mungkin mendengar & tgk gambar2 peserta yang di post di page facebook SMKBC)

Untuk pengetahuan semua, sebanyak 4 buah sekolah diseluruh Malaysia telah terpilih untuk menubuhkan Kelab Maxis Cyberkids di sekolah masing2 pada tahun ini. Sekolah2 tersebut ialah SMK Bandar Chiku (Kelantan), SMK Keningau (Sabah), SMK Sri Gading (Johor) dan SMK Bario (Sarawak). Sekolah2 ini akan mengadakan kem Maxis Cyberkids di sekolah masing2. Selepas tamat kem, ahli kelab diberi tempoh selama 2 bulan untuk menghasilkan satu projek untuk dipertandingkan sesama mereka. Pemenang tempat pertama akan memperolehi RM15000 serta berpeluang untuk menyertai Maxis Cyberkids Camp peringkat Asean.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Maxis Berhad kerana sudi menjalankan kem Maxis Cyberkids disini. Semoga sekolah ini dapat mewakili Malaysia ke peringkat Asean.